terima kasih :)

CINTA part2 - 2014

HAAAAAA
Part 2 pulak untuk sambungan 2014
Bila dah dapat kawan baru yang ramai mesti kena ada buah hati baru kannn ..... HAHA
boleh di kategorikan sebagai cinta pandang pertama masa diploma lah ...

So bermula dengan twitter dulu aku aktif gila dengan twitter .. Tweet / Retweet benda merepek merepek sampai lah aku tersangkut dengan salah sorang budak ni kat twitter .. Rupanya asrama dia sama dengan aku cuma kolej yang berlainan macam aku cakap dalam part1 ... Asrama aku kongsi dengan kolej lain. kktm tak silap lupa dahhh ...
So dari situ kita saling mengenali gittuwww.. Jumpa pun tak selalu nyorok nyorok ..
Nama dia H++++  budak batu pahat area situ situ jelah . Budak terpenting kat kolej dia macam ketua pelajar lah budak pandai KATAKANN !! First date kat Cafe asrama tak ke sodehh hidup ni. Tapi takpe dah suka semua okay, Time ni aku makeup Hancuss tak reti makeup muka berjerawat teruk sebab salah guna produk .. Haaaaaa kisah salah produk nanti aku cerita lain sekarang aku nak cerita laki tak guna ni .. Hahahaa
Aku pakai bedak compact lah time tu , tak pakai foundation kening pun terabur lagi natural.
Time tu aku bengap beli kan dia baju dekat mall alaaa murah je sebagai bukti cinta ku padamu...
Tapi bila kenal 2 minggu macam tu nak date pun susah . tweet reti pulak .. yang aku stupid time tuu bahagia sangat ada whatssap tak guna nak tweet jugak . so aku main tweet dengan dia kat twitter ......

Makin hari makin lain perangai dia ... asyik busyy jeee memanjang .. Rupanya ada udang menyorok kat batuuuuuu .... Dia bersayang ayang dekat twitter dengan perempuan lainnn.
haaaaa yang paling geramm perempuan tu kawan aku sendiri time sekolah memang tak ade perasaaan malu betul... so aku putus lah dengan si jahanam niii ...

Cinta ke 2 dengan budak kolej aku jgak
yang inii boleh tahan lahhh.. no bad tapi perangai ya bad ...satu kolej satu kos rumah pun dekat selangor so kalau balik selangor naik bas dengan dia ... pada mulanya aku ingat betul betul cinta tapi akhirnya terjunam .. ehh jangan fikir lain.maksud aku macam first love aku tuu PUTUS.
Tapi ni betul2 putus tepi highway . selama aku couple dengan dia tak penah aku chek whatssap or sentuh pun tak boleh. Allah dengar doa hamba ya malam kejadian g mamak makan masa dia bayar phone tertinggal atas meja. allah nak tunjuk siapa dia sebenar .. Phone dia letak password sekali aku tibai je password dia terus unlock.. aku tengok whatssap dia rupanyaaa dia still whatssap dengan EX dia rupanya selama ni dia pergunakan aku je untuk buat EX dia jeles.. Nak jadikan cerita tamil dia kejar aku sampai tepi highway jalan  nak balik asrama tu kitaorng gaduh and then PUTUS ...

cinta ke 3 pulakkk Eh sedihnya asyik kena GAME je niii ..
Ini lagi handsome dooo putih romantik jiwang tapi jahanam jugak ... aku kenal dia tak lama dia jadikan aku tempat bila dia bosan tapi sebaliknya dia ada GF. so tak kekal lama kitaorang putus begitu sahajaaa. Kah kahh


NOTE : Bila kau dah melangkah ke dunia sebenar ... Kau sentiasa kena ingat ALLAH , maruah diri, maruah keluarga kau ... Cinta semanis mana pun jaga lah diri kau bila kau salah langkah habis semuanya sebab masa ni tak boleh berputar semula. ini pengalaman aku tentang cinta. Boleh bercinta tapi berhati hati.