terima kasih :)

Kawan atau Lawan ?

Waktu sekolah bila kita ada kawan mesti kita bagi tahu orang lain dia lah sahabat kau BFF kau waktu senang waktu susah bersama . Hahaha angguk cepat siapa yang pernah dulu macam ni kalau waktu rehat kumpul  macam rombongan kalau bergerak mesti nak sama sama .
Sedar tak sedar bila kau dah besar kau akan rasa semuaa perasaan , Bila kau dah besar baru kau kenal dunia sebenar , ragam perangai manusia yang berlainan walaupun rambut sama hitam tapi hati lain lain kan . Dari situ kau baru kenal siapa kawan kau yang sebenar Dan siapa lawan kau , Bila waktu susah siapa yang sentiasa  tolong dan sentiasa ada di sekeliling  kau ??
Yes bila dah besar kau akan nampak semuanya kawan yang kau kata Bff tulah yang mengutuk kau walaupun depan kau boleh nampak dia baik umpama bunga baru nak tumbuh.(Tak paham ya udah )
susah nak jaga hati manusia kawan seramai team bola sepak kalau kau susah tiada yang backup better tak payah ada kawan. Dulu selalu aku dengar susah nak cari kawan yang setia. Zaman sekarang senang je kau nak uji sama ada dia betul betul kawan kau or tk.Dan dulu orang cakap Kawan susah nak cari pengganti tapi zaman sekarang aku rasa kawan pergi dan datang sesuka hati. So cari kawan lain senang kan.

Situasi macam ni selalu jadi , Betul Tak ??

A : Bila kau ajak kawan kau keluar ..
B : Sorry aku tak ada duit ..

Bila kau dah keluar lepak dengan orang lain '
Nanti kawan kau comment kat Insta/ whatssap kau ( Untung lah lepak tak ajak)
what the fafufaaaaaa !!!

Atau situasi macam ni .

A : Bila kau nak mintak tolong
B : sorry aku busy, ada hal ,  bla blaaa blaaaaa ..

5minit kemudian ' update kat story tengah dating/ tengah makan lepak dengan kawan lain'

Bila dikatakan kawan waktu senang dan susah .
  bagi aku waktu senang  kawan kau akan datang dekat kau. Waktu susah ??? okayy pi mampuih
Ada je seramai ramai kawan kau ada yang tak boleh tengok kau Bahagia , Berjaya ,dan ada sifat iri hati seperti tak boleh tengok kau lebih dari dia.Ada yang batu api tikam kau dari belakang , Buat cerita macam2.Depan baik belakang macam syaiton.
So pesanan terakhir aku berhati-hati berkawan tak semua macam ni ya. segelintir ada perangai macam ni maka bertabah lah.

CINTA part2 - 2014

HAAAAAA
Part 2 pulak untuk sambungan 2014
Bila dah dapat kawan baru yang ramai mesti kena ada buah hati baru kannn ..... HAHA
boleh di kategorikan sebagai cinta pandang pertama masa diploma lah ...

So bermula dengan twitter dulu aku aktif gila dengan twitter .. Tweet / Retweet benda merepek merepek sampai lah aku tersangkut dengan salah sorang budak ni kat twitter .. Rupanya asrama dia sama dengan aku cuma kolej yang berlainan macam aku cakap dalam part1 ... Asrama aku kongsi dengan kolej lain. kktm tak silap lupa dahhh ...
So dari situ kita saling mengenali gittuwww.. Jumpa pun tak selalu nyorok nyorok ..
Nama dia H++++  budak batu pahat area situ situ jelah . Budak terpenting kat kolej dia macam ketua pelajar lah budak pandai KATAKANN !! First date kat Cafe asrama tak ke sodehh hidup ni. Tapi takpe dah suka semua okay, Time ni aku makeup Hancuss tak reti makeup muka berjerawat teruk sebab salah guna produk .. Haaaaaa kisah salah produk nanti aku cerita lain sekarang aku nak cerita laki tak guna ni .. Hahahaa
Aku pakai bedak compact lah time tu , tak pakai foundation kening pun terabur lagi natural.
Time tu aku bengap beli kan dia baju dekat mall alaaa murah je sebagai bukti cinta ku padamu...
Tapi bila kenal 2 minggu macam tu nak date pun susah . tweet reti pulak .. yang aku stupid time tuu bahagia sangat ada whatssap tak guna nak tweet jugak . so aku main tweet dengan dia kat twitter ......

Makin hari makin lain perangai dia ... asyik busyy jeee memanjang .. Rupanya ada udang menyorok kat batuuuuuu .... Dia bersayang ayang dekat twitter dengan perempuan lainnn.
haaaaa yang paling geramm perempuan tu kawan aku sendiri time sekolah memang tak ade perasaaan malu betul... so aku putus lah dengan si jahanam niii ...

Cinta ke 2 dengan budak kolej aku jgak
yang inii boleh tahan lahhh.. no bad tapi perangai ya bad ...satu kolej satu kos rumah pun dekat selangor so kalau balik selangor naik bas dengan dia ... pada mulanya aku ingat betul betul cinta tapi akhirnya terjunam .. ehh jangan fikir lain.maksud aku macam first love aku tuu PUTUS.
Tapi ni betul2 putus tepi highway . selama aku couple dengan dia tak penah aku chek whatssap or sentuh pun tak boleh. Allah dengar doa hamba ya malam kejadian g mamak makan masa dia bayar phone tertinggal atas meja. allah nak tunjuk siapa dia sebenar .. Phone dia letak password sekali aku tibai je password dia terus unlock.. aku tengok whatssap dia rupanyaaa dia still whatssap dengan EX dia rupanya selama ni dia pergunakan aku je untuk buat EX dia jeles.. Nak jadikan cerita tamil dia kejar aku sampai tepi highway jalan  nak balik asrama tu kitaorng gaduh and then PUTUS ...

cinta ke 3 pulakkk Eh sedihnya asyik kena GAME je niii ..
Ini lagi handsome dooo putih romantik jiwang tapi jahanam jugak ... aku kenal dia tak lama dia jadikan aku tempat bila dia bosan tapi sebaliknya dia ada GF. so tak kekal lama kitaorang putus begitu sahajaaa. Kah kahh


NOTE : Bila kau dah melangkah ke dunia sebenar ... Kau sentiasa kena ingat ALLAH , maruah diri, maruah keluarga kau ... Cinta semanis mana pun jaga lah diri kau bila kau salah langkah habis semuanya sebab masa ni tak boleh berputar semula. ini pengalaman aku tentang cinta. Boleh bercinta tapi berhati hati.

Part 1 - 2014

Ini lah permulaan hidup baru aku lepas Tamat SPM .
Aku dapat tawaran dekat kolej ni sebagai pelajar GRAPHIC DESIGNER
Tak penah seumur hidup aku duduk sendiri , kena pandai bawak diri , jaga diri, jauh dari family, basuh baju sendiri, makann sendiri .. Ehh .. okay

Nampak ya dah besar (kahkah jahanam)
Dari sini aku jumpa pelbagai jenis manusia
macam rama rama keluar kepompom macam tulah kehidupan aku masa tu. Nampak dunia luar yang sebenarnya .
Aku hanya bayangkan tempat berlajar yang cantik , ada jejaka handsome , kolej yang cantikk ....
KEDEBEKKK !!
okay berangan kolej aku bangunan tabung haji kecik molek comel loteh ...
Asrama pun menumpang lagi dengan kolej lain . Tapi alhamdulillah lah tamat jugakkk belajar.
Aku dapat bilik untuk 4 orang pelajar ...
masa aku datang ada sorang ni roomate aku YA ALLAH CANTIK MACAM BIDADARI
Muka aku pulak time tu macam telur rebus rentung orang kampung katakan ...
berborak dengan dia Rupanya orang KEYEL cakap pun lembut je bukan macam aku ni singa nak makan orang ..

Jumpa roomate ke 2 dan 3 orang JOHOR .
alhamduillah masuk air jugak aku je keluar hasap . hahaha
Bila dah kenal lelama rapat ..
Ada orientasi sem1 masa ni muka masing2 macam jaga anak 5 barai habis.. dapat lah rasa kena regging (hantam jelah eja) , dapat cuci mataa usha ushaaa abang senior tapi tak laku  HAHAHA
okay cerita seterusnyaaaaaaa
1 dorm ada 5 bilik ...
maka dengan itu setiap bilik dekat dorm tu jadi rapat ..Ramai sangat kawan aku jumpa total geng aku ada 12 orang auw ini mcm  rombongan. Nak g kelas mesti bersama makan bersama lepak bersama membuta pun nak bersama. Sampai kan ibu warden dengan budak lain anti dengan group kitaorang ni sebab yaaaa ampunnn gengster kau tahu takk'' memekak memalam, mandi pun bising..Ada satu malam tu terlampau stresss dengan assigment .. Maka bermula lah plan jahat ni. Siap pakai sweater tutup kepala lah bagai . Nak tahu ape kitaorang buat . HAAAAAAA..

- curi selipar budak lain letak dekat ampai baju ,dekat tangga , main campak seliper.
- tutup lampu dorm dengan bilik elektrik tu sebaik panjang umur tak rentung acah konon blackout''

Bila dapat mesej dari group asrama, ibu warden mengamukkkk' ada budak nampak lembaga hitam..
lembaga apee pakai sweater nak buat keje jahat tak jadi. alhamdulillah sampai sekrang rahsia tu tak terbongkar.hahahahhahahahahaha''

 Saat ni bahagiaa sangat ...
Tapi biasa lah kan Rambut je sama warna ' Hati lain lain. .. Bila ada api jadi api membara. Timbul salah paham antara satu sama lain. Tarik muka bermusuh ...
Rupanya susah nak jaga hati manusiaa ni ...
Walapun sampai sekrang takade contact tapi aku tetap sayang korang sebab kenangan boleh dibina susah nak di padam ...

always love u guyss
-yen , zyra , alya ,kinah , imah, sara, zarith , yam , wani , fadzira , yaya ,